You Are Reading

0

SEJARAH & MAKLUMAT SEKOLAH

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu 10 Mar 2011
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu ialah sebuah sekolah yang disediakan khas untuk mendidik kanak-kanak cacat pendengaran.

SKPKKT mula beroperasi pada tahun 1964 di Sek Rendah Sultan Sulaiman Satu Kuala Terengganu sebagai kelas percantuman atau integrasi. Bermula dari satu kelas dengan beberapa orang murid dan seorang guru, murid-murid telah bertambah dengan adanya kesedaran dan kecaknaan daripada ibubapa dan masyarakat.

Dengan pertambahan jumlah murid serta guru dan adanya pentadbiran khusus di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Jabatan Pendidikan Khas maka sekolah pendidikan khas ditubuhkan pada 1 Mei 1988. SKPKKT ditubuhkan dengan pentadbiran sendiri walaupun masih menumpang di SK Sultan Sulaiman Satu.

Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebuah tapak sekolah baru dikenalpasti. Pada tahun 1996 bangunan baru telah dibina di Kg Kubang Ikan Chendering dengan keluasan tapak 5.28 ekar. Secara kasar kos binaan ialah hampir enam juta Ringgit Malaysia. Pada tahun 1999 pembinaan bangunan ini telah siap sepenuhnya.

Hampir 35 tahun, murid-murid Pend. Khas ditempatkan di SK.Sultan Sulaiman Satu telah berlaku perkembangan yang baik dalam proses integrasi dan inklusif.

Tanggal 9.9.1999 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi warga SKPKKT kerana telah berpindah ke bangunan baru sepenuhnya.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

1964 – 1 Kelas, 12 orang murid dan seorang guru
1984- asrama mini ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu
1987 -pertambahan murid 10 kelas
1988 -murid 96 orang dan 12 orang guru
2000 -10 kelas, 104 murid dan 18 orang guru
2003 -14 kelas, 128 murid dan 20 orang guru.
2009 -16 kelas, 92 murid dan 33 orang guru
2010 – 17 kelas, 80 murid dan 33 orang guru 


0 comments:

Post a Comment

>