Archives

0

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 11

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu 10 Mar 2011
Tarikh: 10 Mac 2011
Masa : 11 a.m
Tempat: Dewan Terbuka SKPK Kuala Terengganu































2

Pentadbir

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu

BARISAN PENTADBIR  SKPK(P) KT






GURU BESAR



Tuan Haji Ahmad Shahdan Bin Ishak


GPKP


Pn. Saayah Binti Abu Bakar


GPK HEM


En. Zarawi Bin Chik


GPK KO-KURIKULUM



En. Suhaimi Bin Hamzah
0

SEJARAH & MAKLUMAT SEKOLAH

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu ialah sebuah sekolah yang disediakan khas untuk mendidik kanak-kanak cacat pendengaran.

SKPKKT mula beroperasi pada tahun 1964 di Sek Rendah Sultan Sulaiman Satu Kuala Terengganu sebagai kelas percantuman atau integrasi. Bermula dari satu kelas dengan beberapa orang murid dan seorang guru, murid-murid telah bertambah dengan adanya kesedaran dan kecaknaan daripada ibubapa dan masyarakat.

Dengan pertambahan jumlah murid serta guru dan adanya pentadbiran khusus di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Jabatan Pendidikan Khas maka sekolah pendidikan khas ditubuhkan pada 1 Mei 1988. SKPKKT ditubuhkan dengan pentadbiran sendiri walaupun masih menumpang di SK Sultan Sulaiman Satu.

Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebuah tapak sekolah baru dikenalpasti. Pada tahun 1996 bangunan baru telah dibina di Kg Kubang Ikan Chendering dengan keluasan tapak 5.28 ekar. Secara kasar kos binaan ialah hampir enam juta Ringgit Malaysia. Pada tahun 1999 pembinaan bangunan ini telah siap sepenuhnya.

Hampir 35 tahun, murid-murid Pend. Khas ditempatkan di SK.Sultan Sulaiman Satu telah berlaku perkembangan yang baik dalam proses integrasi dan inklusif.

Tanggal 9.9.1999 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi warga SKPKKT kerana telah berpindah ke bangunan baru sepenuhnya.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

1964 – 1 Kelas, 12 orang murid dan seorang guru
1984- asrama mini ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu
1987 -pertambahan murid 10 kelas
1988 -murid 96 orang dan 12 orang guru
2000 -10 kelas, 104 murid dan 18 orang guru
2003 -14 kelas, 128 murid dan 20 orang guru.
2009 -16 kelas, 92 murid dan 33 orang guru
2010 – 17 kelas, 80 murid dan 33 orang guru 


0

WAWASAN DAN MATLAMAT SEKOLAH

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu
WAWASAN SEKOLAH

Ialah untuk menuju ke arah pendidikan teknik, vakasional dan akademik mengikut kemampuan murid-murid melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pencapaian matlamat
Wawasan 2020 
MATLAMAT SEKOLAH 

- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
- Melahirkan insan istimewa yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan  sejahtera. 
- Memberi peluang pendidikan sama rata kepada semua insan istimewa di bawah slogan “Pendemokrasian Pendidikan . 
OBEJEKTIF SEKOLAH
Melahirkan :
-Seorang murid yang mantap akidah.
-Seorang yang berakhlak mulia.
-Seorang yang beradab dan berbudi.
-Seorang yang sentiasa buat baik.
-Seorang murid yang berjasa.
-Seorang murid yang berbakti.
-Seorang murid yang mencegah diri daripada dosa.
-Seorang murid yang cakna diri.
-Seorang murid yang cemerlang diri. 
-Seorang murid yang cintakan Negara.

PAIGAM PELANGGAN

Kami sentiasa memberi layanan terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan kami dengan:
-Mengukuhkan dan mengekalkan kreativiti dan kerjasama antara pasukan bersepadu. 
-Memberikan kepercayaan yang tinggi kepada semua guru dan kakitangan untuk mengatasi sebarang masalah tanpa ragu-ragu. 
-Memberikan kerjassama dan menyediakan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada ibu bapa dan orang ramai yang memerlukannya. 
-Melahirkan murid-murid yang berdisiplin tinggi dan menunjuruskan mereka ke arah pendidikan vokasional mengikut tahap keupayaan mereka dengan bantuan kemudahan-kemudahan lain daripada pihak atasan.
 
0

LOGO SEKOLAH

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu


Lambang
Keterangan
 Jari Tangan
Bermaksud murid-murid sekolah ini terdiri daripada murid-murid khas masalah pendengaran dan kod tangan / bahasa isyarat adalah bahasa utama digunakan.
Buyong
Menekankan Kemahiran tangan / kraftangan yang perlu diterapkan kepada semua murid sekolah ini.
Daun
Kemahiran pertanian juga perlu diterapkan kepada semua murid.
Lilin Bercahaya
Melambangkan akademik / ilmu sebagai penyuluh hidup sejati.


Hijau - lambang keagamaan.
Merah - ketabahan dan keberahian menghadapi cabaran.
Kuning   -   kesetiaan kepada Raja, pemerintah dan ketua.
Putih  - kesucian dan tulus ikhlas. 
Logo dan Bendera Sekolah ini telah dicipta oleh
Encik Mohd Yusoff bin Harun( Bekas Guru Besar SKPKKT )


0

ASSALAMUALAIKUM

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu 9 Mar 2011
BLOG SEDANG DALAM PROSES PEMBINAAN..KEPADA SEMUA WARGA SKPKKT,SILA SEDIAKAN SATU GAMBAR DALAM FORMAT JPEG UNTUK DIMUATKAN DIDALAM BLOG INI..TERIMA KASIH..
1

Bahasa Isyarat

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu




PENGENALAN

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.

Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi

SEJARAH

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Kod Tangan Bahasa Melayu diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan,ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Kod Tangan Bahasa Melayu ini diperturunkan ke dalam bahasatulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan simantik dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu sama maknanya.

Kod tangan mula pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) digubal dan siap pada tahun 1978. Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama diPulau Pinang. Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak ersatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa kod tangan bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini.
Kata Majmuk

Perkataan kata majmuk yang mempunyai dua kata dasar digabungkan seperti: kapal terbang keretapi tali pinggang papan hitam bola sepak Semua kata majmuk ini membawa suatu makna atau objek. Oleh itu digunakan satu kod sahaja.Kata Ringkas Ada perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti :

cikgu daripada encik guru.
tiada daripada tidak ada.
berdikari daripada berdiri di atas kaki sendiri.
pawagam daripada panggung wayang gambar.

Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi hendaklah dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c” seperti kod “guru”, tiada digunakan “t” seperti kod tidak.

Perkataan Pergandaan Berganda sama budak-budak, orang-orang, rumah-rumah Semua perkataan berganda sama ini diulang kod perkataanyang mula-mula.Berganda tak Sama (Berubah) Semua perkataan berganda tak sama (berubah) ini menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya iaitu:

kuih-muih= kod kuih dan huruf m
saudara-mara= kod saudara dan huruf m
bukit-bukau= kod bukit dan huruf b

Berganda separuh

Semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya.lelaki= huruf l dan kod laki jejari= huruf j dan kod jari bebola= huruf b dan kod bola Perkataan berganda dan berpenambah tulis-menulis, berlari-lari, buah-buahan Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan yang berkenaan.

Imbuhan (penambahan) me, pe, ter, ber dan per.

Murid-murid hendaklah diberitahu tentang penggunaan dan perubahan ejaannya pada penambahan “me” yang bertukarmenjadi me, mem, men, meng, menge. Walaupun demikian semua menggunakan huruf pertama seperti :

(a) huruf m untuk awalan huruf t untuk awalan
(b) Untuk membezakan antara awalan “pe” dengan “per” ialah ditambah huruf “r” menjadi “p” dan “r”. pelukis= “pe” dan kod lukisan perbuatan= “p”- “r” dan kod buat dan “an”
(c) Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa pengecualian ejaan dalam imbuhan “pe” yang tidak menurut perubahanejaannya pada perkataan sakit, tani, sawah, kerja Dalam KTBM ini, pengecualian ini ialah huruf “p” tangan kanan tetap seperti biasa tetapi pengecualian ini pada tapak tangan kiri yang hujung jari menghala ke depan, tidak ke atas.

Sumber : http://gulaikawah.blogspot.com
0

Braille

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu


Huruf Dalam Braille

Al-Quran Braille


Nombor Dalam Braille

Sejarah

Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor. Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique. Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.

Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana dia mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis. Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi. Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.

Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di taman dengan diikat di pinggang dengan tali. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Dia mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.

Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.

Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.

Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima. Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta Dan Disusun Oleh Mereka "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them" .

Dengan menggunakan tulisan braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai penebuk 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Mereka kini dapat berdikari. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu. Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.

Pada permulaannya sistem tulisannya hampir terkubur tetapi beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'. Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan menjadi Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.

Di Perancis pencapaian Louis Braille diakui ditahap kebangsaan dan pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.

Abjad Braille

Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:


Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.

Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.

Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.

0

LOKASI SEKOLAH

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu
LOKASI SEKOLAH

 •-Terletak 8KM dari Pusat Bandar
 •-7KM dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
•-6 KM dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu
 •-5 KM dari Pusat Kegiatan Guru Bukit Besar
 •-5 KM dari Hospital Nur Zahirah
 •-2 KM dari Balai Polis Chendering

PELAN SEKOLAH


0

GURU DAN STAFF

SK. Pendidikan Khas (P) K.Terengganu
SENARAI NAMA GURU

 Bil.
Nama Guru
Jawatan
1.
Mohd Rashid Bin Long
Guru Besar
2.
Kutong Bt. Othman
GPK 1
3.
Zarawi B. Chik
GPK HEM
4.
Suhaimi B. Hamzah
GPK KK
5.
Che Shafie B. Che Ali
GAB
6.
Mohtar B. Ali
GAB
7.
Muhammad Zakaria @ Zakari B. Husain
GURU CEMERLANG
8.
Muhammad Nazri B. Ismail
GAB
9.
Asma’ Atifah Bt. Abd. Aziz
GURU AGAMA
10.
Che Norasiah Bt. Che Awang
GURU PRA
11.
Elani Bt. Ahmad Radzi
GAB
12.
Fathilah Bt. Ani
GAB
13.
Haminah Bt. Jaafar
GURU PEMULIHAN
14.
Hasmah Bt. Ab. Aziz
GAB
15.
Idawati Bt. Buang
GAB
16.
Julaiha Bt. Ibrahim
GURU CEMERLANG
17.
Mariana Bt. Man
GURU BIMBINGAN
18.
Nor Azlura Azlida Bt. Mohd
GURU KOD TANGAN
19.
Nazifah Bt. Endut
GAB
20.
Norida Bt. Ismail
GAB
21.
Norini Bt. A. Rahman
GURU AGAMA
22.
Normah Bt. Muda
GURU CEMERLANG
23.
Noor Saadah Bt. Othman
GAB
24.
Raja Azianwaty Bt. Raja Ismail
GAB
25.
Rohaya Bt. Embong
GURU MEDIA
26.
Roslawati Bt. Ismail
GURU DATA
27.
Wan Shamsiah Bt. Wan Abdullah
GURU CEMERLANG
28.
Zainun Bt. Halias
GAB
29.
Zaiton Bt. Jusoh
GAB
30.
Zuraini Bt. Jusoh
GAB
31.
Mohammad Sukri B. Kamaruzaman
GAB
32.
Yusrizal B. Yusof
GAB
33.
Komariah Bt. A. Ghani
GAB
34.
Mohd Azril Bin Zakaria
GURU AGAMA
35.
Ahmad Zainul Parhi Bin Simat
GURU AGAMA
36.
Hassan Bin Zakaria
GAB
37.
Che Roslili Binti Che Kar
GAB
38.
Nor Azlin Binti A. Karim
GAB
39.
Nor Hafiza Binti Hamzah
GAB
40.
Syamilah Binti Shamsuddin
GAB
41.
Sukeriah Binti M.Jusoh
GAB
42.
Fazilah Binti Puteh
GAB
43.
Suzella Binti A. Samad
GAB
44.
YM. Engku Mohd Abdellah Bin Tn. Hairan
GAB
45.
Nor Atifah Binti Jusoh
GURU AGAMA
46.
Sakinah Binti Yusuf
GURU AGAMA
47.
Hafizam Binti Mohammed
GAB
48.
Noor Hafizah Binti Ghazali
GAB
49.
Aeiza Munirah Binti M. Fuad
GURU J-QAF
50.


51.



 SENARAI NAMA STAFF SOKONGAN
>